Kategori B40 Bakal Terima RM600-RM800 Untuk STR Fasa 3. Pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan pada Januari dan April lalu.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai SARA.
Bantuan STR yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Setelah pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April lepas. Sebahagian wang bantuan tersebut sudah tentu digunakan sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang dijangkakan dikreditkan dalam 2-4 bulan ke depan.
KATEGORI B40 TERIMA RM600-RM800
Buat masa ini tiada lagi jumlah bayaran STR Fasa 3. Masih terlalu awal untuk diumumkan.
Bagi kategori B40 bagi STR Fasa 3 tahun lalu, kategori tersebut berpeluang terima bayaran RM600 untuk 3-4 anak dan RM800 bagi yang mempunyai 5 orang anak dan ke atas.
Manakala, RM 300 untuk tiada anak dan RM400 untuk 1-2 anak.
Kami menjangkakan bayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini adalah sama atau tidak jauh berbeza dengan tahun 2023.
JANGKAAN BAYARAN
STR Fasa 3 bagi tahun 2023 dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu pada 26 Jun 2023.
Bagi tahun ini pula, kita masih tidak tahu adakan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha ataupun selepasnya. Jika mengikut jadual yang sama dengan STR Fasa 3 tahun lalu, bayaran STR bagi tahun ini adalah pada bulan Jun.
JADUAL BAYARAN SEHINGGA FASA 4
Hanya berbaki bayaran STR Fasa 3 dan 4 sahaja lagi. STR Fasa 1 dan 2 masing-masing telah dibayar pada Januari dan April lalu.
Dijangkakan bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan pada bulan Jun sementara itu fasa akhir iaitu fasa 4 pada bulan September atau Oktober.
CARA BAYARAN
Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu
- Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
- Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan baharu bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuklah untuk Fasa 3 belum dibuka setakat ini.
SEMAKAN STATUS
Semakan status boleh terus dibuat melalui portal STR.