Terkini : Akaun 3 KWSP Dilaksanakan Seawal Bulan Jun

Terkini : Akaun 3 KWSP Dilaksanakan Seawal Bulan Jun. Akaun 3 KWSP atau lebih dikenali sebagai Akaun Fleksibel dijangkakan akan dilaksanakan pada April ini namun telah dimaklumkan dan akan diperkenalkan pada Mei depan.

Pada Belanjawan 2024 lalu, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumkan akan membuka lagi satu akaun baru KWSP untuk pencarum iaitu Akaun 3 / Fleksibel.

AKAUN 3 – FLEKSIBEL KWSP

Akaun 3 ini dikenali sebagai Akaun Fleksibel kerana para pencarum boleh mengakses akaun ini pada bila-bila masa sekiranya terdapat kecemasan.

Jika masa ini, KWSP hanya mempunyai 2 Akaun KWSP di mana kedua-duanya lebih memfokuskan sebagai persediaan pada waktu persaraan nanti.

Manakala Akaun 3 ini pula sekiranya ia dilaksanakan ia membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan bagi tujuan kecemasan.

TARIKH PERMOHONAN

KWSP bakal lancar inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP pada 11 Mei ini termasuklah dengan Akaun III diperkenalkan untuk membantu ahli menangani keperluan kewangan jangka pendek dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

SYARAT PENGELUARAN

Terdapat cadangan yang diberikan iaitu pengeluaran mandatori bulanan hanya dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir atau selepas tahun 2010.

Cadangan diperkenalkan Akaun 3 ini adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham berkata ia mungkin menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain.

BAYARAN AKAUN 3 KWSP

Disebabkan penstrukturan baharu Akaun KWSP termasuklah Akaun 1 dan 2 serta pelaksanaan Akaun Fleksibel (Akaun 3), akaun ahli akan dibahagikan kepada

  • 75 % = Akaun 1
  • 15 % = Akaun 2
  • 10 % = Akaun 3

Leave a Comment